Anak-anak yang selalu terjaga di waktu malam selain untuk menyusu acapkali menyebabkan ibu tidak cukup rehat. Tambahan pula ada yang meragam dan menangis apabila terjaga. Lama pula tu ambil masa untuk redakan tangisan tersebut. 

Dah diberi  susu, dah dodoi,perut juga tiada tanda-tanda kembung. Pendek kata dalam keadaan sihatlah tapi banyak kali terjaga dan menangis pada waktu malam pasti menjengkelkan.

Berikut adalah tips yang boleh ibu-ibu cuba untuk mengatasi masalah seperti ini :

1. Perhatikan tanda-tanda bayi hendak tidur.

Kenapa ianya penting untuk kita faham dan ‘alert’ apabila bayi hendak tidur? Langkah ini merupakan langkah yang paling penting dan terawal dalam memastikan  anak tidur yang lena sepanjang malam.

Pernah tak alami situasi di mana anak terjaga apabila diabaru sahaja hendak tidur. Akibatnya, anak akan merengek dan tidak tidur dengan baik selepas itu. Of course, maknya pun tak boleh tidur.

 2 : Latih bayi dengan‘habit’ sebelum tidur.

Antara rutin yang boleh dilatih untuk bayi adalah mandi dengan air suam sebelum tidur. Mandian ini dapat merehatkan bayi serta dapat membantu bayi tidur dengan lebih lena dan selesa. Bedungkan bayi selepas mandi.

3.  Amalkan urutan memukau

Percaya atau tidak, bayi pun perlukan urutan badan sebelum tidur. Ada kajian yang mengatakan  bayi dan kanak-kanak yang diurut sebelum tidur selama 15 minit mampu untuk tidur lena tanpa terjaga. Boleh menggunakan Balm Calm Time dan Sleep Time untuk tujuan urutan. Ianya sangat membantu anak lebih mudah tidur dan lebih lena.

4.  Mainkan bunyi-bunyian yang menenangkan

Boleh pasang alunan AL- Quran, zikir atau muzik yang lembut seperti bunyi ombak dan air. Download sahaja di You Tube.  Kesannya, bayi rasa lebih tenang dan memudahkan bayi lena.

5. Buaikan bayi

Pergerakan buaian atau kerusi tidur bayi boleh membuatkan bayi terbuai-buai sehingga tertidur lena. Ayunan buaian dapat meredakan keadaan bayi dan tidak lama selepas itu bayi akan lena dibuai mimpi.

6. Elakkan pengambilan kafein bagi ibu yang menyusukan bayi

Bayi akan terkesan jika minum susu ibu yang mengandungi kafein. Lebih mengerikan, badan bayi mengambil masa sehingga 97 jam untuk hilangkan kesan kafein dari tubuhnya menyebabkan bayi lebih susah untuk tidur.

7. Makan pada waktu siang

Kekerapan makan di waktu siang mampu membantu tidur yang lena di malam hari. Bayi mempunyai saiz perut yang kecil dan perlu makan dengan kerap. Beri makan atau susukan bayi di waktu siang dengan kerap supaya masa dia tidur waktu siang tidak begitu lama.

Jika bayi anda tidur lebih dari empat jam, anda boleh buka bedungnya dan kejutkan dia dengan lembut. Rutin menyelang-selikan tidur dan makan dapat mengurangkan sedikit sebanyak masalah kerap terjaga malam.

8.  Didik bayi tentangperbezaan siang dan malam

Pastikan pada waktu malam, cahaya sedikit malap berbanding kecerahan di waktu siang. Selain itu, suasana malam sepatutnya lebih sunyi berbanding waktu siang. Kebiasaan ini dapat membantu bayi tidur lena dan lebih lama di waktu malam. Serta tidur lebih singkat di waktu siang.

9. Usah ganggu bayi

Elakkan mengganggu bayi dengan menukar lampinnya ketika dia sedang menyusu. Waktu seperti ini akan membuatkan bayi tidak selesa dan merengek. Tunggu sehingga anak betul-betul lena, baru tukar lampinnya.

10. Biarkan bayi tidur semasa menyusu

Menyusu badan merupakan perkara yang paling berharga buat si ibu dan anak. Kebiaasaannya, bayi mudah tertidur apabila menghisap susu ibunya. Hal ini kerana, hormon-hormon akan terhasil dan menimbulkan keselesaan buat bayi dan ibu.

 11. Tidur bersama bayi

Kajian menunjukkan bahawa, bayi dan ibu yang mempunyai  kitaran tidur yang sama boleh membantu bayi untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

12. Bau ibu

Boleh juga gantikan tempat si ibu dengan baju atau apa sahaja yang boleh membuatkan bayi merasakan ibu berada disisinya. Ketika diawal kelahiran, deria bau antara deria yang sangat tajam bagi bayi.

Boleh cuba amalkan tips  di atas ya mommies.