Assalamualaikum saya Noorasikin atau lebih dikenali dengan nama Puteh atau Puteh Minah Balm.

tasneem naturel kuala lumpur

Saya ada 4 adik-beradik dalam keluarga. Sebab terjadinya masalah tidur ni, mungkin disebabkan sering berjaga lewat, masa bujang dulu tolong emak buat karipap kentang.

Yer la, karipap ni kena buat lewat untuk pastikan isi di dalamnya kekal segar , mula pukul 8.30 malam lepas rehat sebentar sesudah maghrib tu mula mengupas ubi, potong dadu ni la kerja saya dulu sampai la menumis inti bukan sekejap nak masak tau…bukan semudah ABC lepas potong gaul dengan paste kari macam tu jer, semuanya di masak sekali dengan bancuhan kari, cili. Sampailah inti tu kering dan bersedia untuk dijadikan inti. Haha.

Lepas kering atas kuali, tabur pula daun sup. Eehh! Terbagi resepi pula…Haha.

Siap inti , tunggu sejuk, time ni barulah start nak bancuh doh karipap yang teknik dia buat kawah dan letak campuran planta dan minyak yang dicairkan, siap adunan semua , tang ni emak la pakar.

 

Ni lah bos karipap tu. Ibu saya tercinta.

 

Proses nak mencanai dan masukkan inti tu, sampai kadang tu siap pukul 1 atau 2 , bukan buat dalam 5 ke 10 biji, tapi dalam 2 kilo tepung macam tu. Itulah kerja berdua saya dan mak. Sambil kelim bunga kat hujung tepung sambil minum kopi takut  terpenyek lak karipap comel tu .

Saya juga kena bangun awal sebab pukul 4 pagi dah mula untuk menggoreng semua karipap, sebab orang kedai nak ambil dalam pukul 7 pagi. Jelaslah memang tak cukup tidur dengan mak. Emak saya ni, memang kalau boleh dia tak nak tahu dia yang buat karipap sedap yang banyak permintaan.

Ada juga saya bawa untuk offismate yang oder bagi membantu family saya.

 

Masalah tidur ni belarutan sampai dah kahwin , segala mak nenek balm dari yang panas  sampai macam-macamlah saya cuba untuk bantu tidur, minah balm la katakan.

 

Kalau nak tidur, dulu adikku Noorhani Huwaidalah jadi mangsa nak urut kepala sampai lena, sekarang ni suami la jadi mangsa. Kadang tu, sampai kena paksa tidur. Mata stim pun paksa jugalah. Need rest! Huhu.

 

Sehinggalah terjumpa Balm Sleep Tasneem yang memang dikhaskan untuk masalah tidur saya , lepas dah cuba untuk diri sendiri, agak serasi dengan saya. Walaupun formulasinya untuk baby atau anak-anak, tapi orang dewasa guna pun boleh lena. Lepas satu, satu balam dalam rangkaian Balm Tasneem Naturel yang saya cuba. Best sangat. Alhamdulillah.

 

 

Dari situlah bermula kisah dan perjalanan saya ni dengan Balm Tasneem Naturel. Dah guna jatuh cinta. Asal nak buat tidur je, lain pula jadinya sekarang. Saya suka nak berkongsi dengan ibu-ibu yang ada anak bermasalah tidur atau ibu sendiri yang ada masalah susah tidur macam saya dulu untuk saya bantu selesaikannya denag izin Allah.

 

Jemput hubungi saya ye.

WhatsApp Here !

atau ke FB saya Noorasikin Aris

 

Related Post

Tags: , , , , , ,