Di antara produk Tasneem Naturel yang sering di cari-cari oleh ibu bapa adalah Balm Calm Time. Ini kerana terdapat 8 essential oils dalam Balm Calm Time bantu anak lebih tenang dan selesa.

TASNEEM NATUREL

Jom tengok fungsi balm ini secara detail :

Balm ini sangat membantu menstabilkan serta meredakan emosi bayi, anak – anak kecil atau orang dewasa. Apabila disapu pada anak, ia akan mengurangkan ketegangan saraf anak yang menegang akibat tantrum atau kesan mengamuk tadi. Sapuan balm yang konsisten setiap hari amat diperlukan untuk kesan yang lebih baik.

Kelebihan Calm Time Tasneem Naturel adalah untuk membantu masalah :

  • Anak yang kuat meragam dan tantrum.
  • Anak yang kurang fokus.
  • Anak sering menangis dan merengek tanpa sebab.
  • Anak meragam semasa hendak tidur.

Apakah bahan-bahan asas yang ada dalam Balm Calm Time Ini?

1.Essential oils (minyak pati tumbuhan) mengikut jenis balm.

tasneem naturel, baby balm, balm bayi. selesema, batuk

Setiap Balm Tasneem Naturel mempunyai 7-10 essential oils (minyak pati tumbuhan)  yang telah dicampurkan mengikut dos bayi dan kanak-kanak atau dengan kata lain, ianya sudah ‘dilute’ sesuai kegunaan mengikut peringkat umur.

Setiap essential oils (minyak pati tumbuhan) yang digunakan mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS) di mana sijil ini diperlukan untuk mendapat kelulusan KKM. Balm Tasneem Naturel kesemuanya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Beeswax

tasneem naturel, baby balm, balm bayi

Beeswax adalah bahan yang terhasil daripada proses metabolism kelenjar lilin pada abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja. Senang cerita, beeswax ini dipanggil ‘lilin lebah’ yang menjadi bahan untuk menghasilkan sarang lebah yang kukuh.

Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Ia secara semulajadinya membantu merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark.

3. Shea butter

tasneem naturel, shea butter

Shea butter terkenal sebagai pelembab kulit semulajadi. Kebanyakan produk kosmetik semulajadi menggunakan shea butter dalam produk mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan bernama Shea atau Karite.

Shea butter boleh membantu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak juga diguna dalam produk menghilangkan parut.

4. Carrier oil

tasneem naturel, balm bayi viral, baby balm

Minyak pelarut yang diekstrak daripada tumbuhan seperti  Olive Oil, Jojoba Oil, Virgin Coconut Oil, Almond Oil, Argan Oil, Coconut Oil, Blackcurrant Oil, Grapseed Oil dan lain-lain yang digunakan untuk ‘dilute’ atau proses pencairan perbagai jenis minyak pati tumbuhan (essential oils) tadi, untuk memastikan ianya sesuai digunakan oleh anak-anak kecil. Dalam Balm Tasneem Naturel ini, kami menggunakan Olive Oil di mana kita tahu, khasiat Olive Oil ini sangat banyak seperti:-

  1. Melembapkan kulit – Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.
  2. Memperbaiki kesihatan kulit – Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.

 

Secara spesifiknya, setiap Balm Tasneem Naturel ini diformulasikan  dengan lebih  5 jenis Essential Oil dalam setiap balm. Begitu juga dengan Balm Calm Time. Balm ini mengandungi 8 jenis essential oil iaitu :

 

1. LAVENDER

tasneem naturel, balm bayi viral , baby balm

  • Lavender Essential Oil diekstrakkan dari pokok Lavandula Angustfolia. Bahagian tumbuhan yang digunakan adalah bahagian bunganya.
  • Khasiat Lavender Essential Oil yang utama adalah membantu mendapatkan tidur yang lena dan mengurangkan perasaan resah, bimbang, stress dan tension. Fungsi ini sangat  membantu anak yang tantrum, kerap meragam dan seumpamanya.
  • Lavender oil juga sangat sesuai digunakan untuk mengurut dan mengurangkan ketegangan saraf atau sendi-sendi.
  • Secara kesimpulannya, minyak pati Lavender ini memberikan  kesan tenang kepada anak.

 

2. ORANGE

tasneem naturel, balm bayi, tantrum, baby balm

Orange essential oil adalah diambil dari bahagian kulit buah oren. Melalui proses perahan dan bukan penyulingan berstim. Jadi essential oil yang diperoleh adalah 100% daripada buah oren.

Orange essential oil sangat wangi dan sangat bagus untuk naikkan mood ketika stress, resah dan gelisah.

Kebaikan Orange Essential Oil adalah :

  • Bantu tingkatkan peredaran darah
  • Bantu kurangkan rasa resah dan gelisah
  • Bantu kurangkan hypertension
  • Bantu kurangkan rasa penat melampau
  • Bantu kurangkan kemurungan
  • Bantu legakan kesakitan
  • Bantu kurangkan sakit sendi
  • Bantu naikkan mood
  • Bantu berikan rasa relax

 

3. MANDARIN

tasneem naturel, balm calm time, balm bayi, anak tantrum

Juga daripada kalangan keluarga citrus yang baunya sangat menenangkan.

Kebaikan Mandarin Essential Oil adalah :

  • Bantu kurangkan masalah insomnia
  • Bantu kurangkan rasa resah dan stress
  • Bantu kurangkan rasa loya dan muntah-muntah
  • Bantu kurangkan kesakitan
  • Ada sifat antibakteria dan antiseptik
  • Bantu tingkatkan peredaran darah
  • Bantu kurangkan sakit sendi
  • Bantu tingkatkan imun badan
  • Bantu naikkan selera makan
  • Bantu tingkatkan rasa tenang
  • Bantu kekalkan kelembapan kulit

 

4. GERANIUM

tasneem naturel, balm calm time, balm bayi, baby balm, balm anak tantrum

Geranium essential oil adalah berasal daripada tumbuhan Geranium. Bahagian tumbuhan yang digunakan ialah batang dan daun. Geranium melalui proses penyulingan untuk hasilkan Geranium Essential Oil. Geranium ada bau bunga dan segar. Baunya sedikit seperti bau air sirap ( hidung mommy la..hihi).

Kebaikan Geranium Essential Oil :

  • Bantu naikkan mood
  • Bantu stabilkan hormon
  • Kurangkan perasaan resah (anxiety) dan stress
  • Kurangkan kemurungan

 

5. MARJORAM

tasneem naturel, calm time, tantum, balm tantrum, baby balm

Marjoram, disebut juga sweet marjoram (Origanum majorana). Tanaman ini berasal dari daerah Mediteranean. Dalam sejarah Yunani, marjoram adalah simbol kebahagiaan yang disebut “the joy of the mountains.”

Khasiat Marjoram Essential Oil antaranya adalah :-

  • Membantu meredakan rasa sakit seperti lenguh otot, sakit kepala, sakit gigi, sakit akibat demam dan sebagainya.
  • Membantu mengurangkan rasa kejang. Marjoram oil memiliki sifat sebagai antispasmodic yang mengawal dan mengurangkan kejang.
  • Membantu meningkatkan kemampuan kognitif dan daya fokus.
  • Membantu meningkatkan peredaran darah.Marjoram oil memiliki sifat menghangatkan dan ianya meningkatkan kelancaran peredaran darah.

 

6. FRANKINCENSE

tasneem naturel, balm calm time, tantrum, baby balm

Frankincense Essential Oil disuling dari resin (getah) pokok spesis Boswellia Serrata. Ia adalah bahan yang popular dalam perubatan dan kosmetik.

Kebaikan Frankincense Essential Oil adalah :

  • Bantu kuatkan sistem imun badan
  • Bantu kurangkan sakit badan
  • Bantu kurangkan sakit kepala
  • Bantu kurangkan stress  iaitu kurangkan rasa resah dan gelisah
  • Bantu kurangkan sakit sendi
  • Boleh bantu tidur lena waktu malam

 

7. BERGAMOT

tasneem naturel, balm calm time, tantrum, baby balm

Bergamot Essential Oil datang dari tumbuhan sitrus yang bernama Citrus bergamia. Ia dikatakan sebagai buah mutasi lemon. Bergamot adalah adik beradik kepada lemon, limau dan oren.

Kebaikan Bergamot Essential Oil :

  • Bantu naikkan mood ceria dan bahagia
  • Bantu kurangkan simptom kemurungan
  • Bantu galakkan rembesan hormon
  • Bantu kurangkan rasa stress
  • Bantu kurangkan kesakitan dengan kurangkan sensitiviti pada kesakitan
  • Bantu lancarkan pernafasan
  • Bantu kurangkan sakit kepala, pening kepala dan migrain
  • Bantu legakan sakit-sakit sendi dan otot
  • Bantu kurangkan sakit ‘cramp’ pada abdomen dan kaki.

 

8. ROMAN CHAMOMILE

tasneem naturel, balm calm time, tantrum, anak mengamuk, baby balm

  • Roman chamomile oil dikenali sejak zaman kuno lagi kerana memiliki kesan menenangkan (sedative and soothing).
  • Selain memberikan kesan yang  menenangkan kepada fikiran dan tubuh yang stres, Roman chamomile essential oil juga dapat digunakan untuk meringankan perasaan sedih, marah, ketidakpuasan hati atau perasaan yang terlalu sensitif.
  • Sifat-sifat tersebut menjadikan minyak patinya banyak digunakan untuk membantu mengurangkan rasa cemas, gelisah atau susah tidur. Hal ini sangat membantu anak yang baru lahir yang sedikit cemas dan susah tidur atau tidur sekejap -sekejap kerana mereka masih lagi ,engambil masa untuk beradaptasi dengan dunia luar perut ibu.
  • Selain Lavender, Roman atau English Chamomile merupakan minyak pati yang paling digemari ramai orang.

 

Kelapan-lapan jenis essential oil yang ada dalam Calm Time mempunyai fungsi dan kesan menenangkan sesuai dengan kegunaan balm ini.

 

Ibu-ibu  dalam pantang yang berdepan masalah si kecil sukar tidur, tidak lena, kurang selesa, cemas atau terus tersedar dari lena apabila ditinggalkan seketika oleh ibu, juga boleh menggunakan Calm Time.

tasneem naturel, balm calm time, tantrum

 

Begitu juga ibu-ibu yang mempunyai masalah anak yang meragam, suka merengek tanpa sebab, ataupun tantrum amatlah disarankan untuk mencuba balm ini.

balm calm time, tasneem naturel, baby balm , balm bayi

 

Ibu-ibu yang bekerja dan ada masalah meletakkan anak di dalam car seat semasa driving juga boleh ikhtiar dengan Calm Time. Anak lebih tenang, insyaaAllah.

tasnem naturel, balm bayi. tantrum, baby balm

 

Berikut adalah beberapa testimoni ibu-ibu yang menggunakan Balm Calm Time Tasneem Naturel :

 

tasneem naturel, testimoni balm tasneem naturel, review balm tasneem naturel
Ke klinik desa nak check doktor, sapu tenang-tenang dulu. Kalau tak , satu klinik huru-hara. Ni nak bagi kak ipar try. Memang berkesan. Alhamdulillah. Tq Ibu Mia.

 

testimoni calm time, tantrum, tasneem naturel
Anak dah boleh tinggal sekejap. Sebelum ni menangis je nak dukung.

 

tasneem naturel, calm time, testimoni balm calm time, tantrum
Anak dah tak mengamuk sebelum tidur.

Selain terbukti berkesan dengan izin Allah, balm Tasneem Naturel juga ada keistimewaan tersendiri iaitu :

  • Tidak panas
  • Tidak melekit atau berminyak
  • Tidak merengsakan kulit bayi
  • Dibuat di kilang yang ada persijilan GMP ( Good manufacturing Practice) , di mana kilang ini hanya memproses produk yang berasaskan bahan semulajadi sahaja.
  • Berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Jimat dan boleh digunakan seisi keluarga. Satu bekas balm sesuai untuk kegunaan 2-5 bulan bahkan lebih lama lagi bergantung penggunaan.

calm time, baby balm, tasneem naturel

 

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi :

WhatsApp Here !

Fb Page – Mommyluv

Instagram –  Mommyluv2u

ATAU

tasneem naturel